BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 16, 2011

KARNIVAL KERJAYA,KESENIAN & KEUSAHAWANAN (3K)

Kelab Keusahawanan UniSZA akan menganjurkan Karnival Kerjaya,Kesenian & Keusahawanan bermula pada 17hb Februari 2011 hingga 21 Februari 2011.

Karnival ini akan berlangsung di Terengganu Trade Center (TTC) dari 17hb Feb hingga 19hb Feb dan di UniSZA pada 19hb Feb hingga 21hb Feb.
Banyak aktiviti menarik yang akan berlangsung sepanjang karnival tersebut:

a) Jom Buat Bisnes
Tarikh: 18 Februari 2011
Masa:7.00 am-12.30 pm
Aktiviti:Program ini adalah untuk memupuk dan memberi bimbingan kepada peserta tentang selok belok dunia perniagaan. Program ini akan dibimbing oleh Pengarah Maktab Kerjasama Malaysia dan Timbalan Pengarah Penyelidikan & Inovasi UniSZA.

b)Bengkel Batik
Aktiviti: Bengkel batik akan memberi pendedahan kepada peserta tentang seni menghasilkan dan mencanting batik. Tenaga pengajar bengkel ini merupakan pakar dalam bidang batik dari Noor Arfa Batik.

c) Bengkel Coklat
Aktiviti:Bengkel batik akan memberi pendedahan kepada peserta tentang proses menghasilkan coklat pelbagai perisa dan bentuk Tenaga pengajar bengkel ini merupakan seorang usahawan yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini.

d) Ceramah Halal,Berkat & Rahmat
Aktiviti:Ceramah ini mengupas isu tentang kehalalan makanan serta keberkatan yang akn diperolehnya. Penceramah ini merupakan seorang pensyarah dari fakulti Pengajian Kontemporari UniSZA dan berpengetahuan luas dalam bidang ini.

e)Entrepreneur Race
Aktiviti: Pertandingan yang menguji ketahanan fizikal dan mental ini banyak menguji pengetahuan peserta dalam bidang keusahawanan. Pertandingan ini mengambil tempat di sekitar kawasan uiversiti dan Kuala Terengganu.

f)Bengkel Catur Bistari
Aktiviti:Bengkel catur bistari akan memberi pendedahan kepada peserta tentang cara dan tips untuk bermain catur bistari.Tenaga pengajar bengkel ini didatangkan khas dari Johor Corporation yang merupakan pengasas dalam bidang ini. Seterusnya, setelah belajar mengenai cara bermain peserta boleh menyertai pertandingan yang akan diadakan pada petang itu.

g)Ceramah Sepetang bersama PUNB
Aktiviti:Ceramah ini akan memberi pendedahan kepada peserta bidang keusahawanan.Penceramah merupakn seorang pegawai dari PUNB iaitu En Zani Zakaria

h)Pertandingan Catur Bistari
Aktiviti:Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar di mana satu pasukan terdiri daripada 6 orang termasuk seorng "banker". Pertandingan ini akan menguji skil dan pengetahuan peserta dalam bidang keusahawanan. 8 kumpulan yang terawal mendaftar akan mendapat harga istimewa bagi pendaftaran. Bayaran adalah RM100 bagi setiap pasukan.

i)Pertandingan Battle of the Band & Pertandingan Nasyid.
Aktiviti:Pertandingan ini untuk mencungkil bakat baru dalam bidang seni. Satu kelainan pada kali ini ialah pertandingan ini menggabungkan 2 genre muzik. Pertandingan ini bertempat di Foyer Asrama Baru pada 21 Februari 2011. Bayaran sebanyak RM5 dikenakan bagi setiap penyertaan.

j)Lets Wash & Show up
Aktiviti: Pertandingan ini terdiri dari 2 sesi iaitu Sesi "Wash" di mana peserta boleh menghantar kenderaan untuk dicuci. RM8 dikenakan untuk kereta dan RM4 dikenakan untuk motor.Pelajar juga bleh mendaftar sebagai pencuci kenderaan di mana anda akan dibayar RM5 bagi setiap kereta dan RM2 bagi setiap motor.Manakala bagi Sesi " Show UP", peserta boleh menghias kenderaan masing di mana kenderaan akan dinilai dari pelbagai aspek termasuk keunikan reke bentuk dan kemantapan enjin. Ia akan dinilai oleh juri profesionla yang didatangkan khas dari Kelab Permotoran Terengganu.

k)Ceramah Gerak Usahawan Siswa
Aktiviti:Ceramah ini akan memberi pendedahan kepada peserta bidang keusahawanan.Penceramah merupakn seorang pegawai dari HPA.

l)Ceramah Pendaftaran Perniagaan Malaysia (SSM)
Aktiviti:Ceramah ini akan memberi pendedahan kepada peserta tentang cara- cara untuk mendaftar dan memulakan perniagaan.Penceramah merupakan En Rohaimi Bin Abdul Manan,Pengarah Negeri SSM Terengganu.

m)Malam Anugerah Usahawan & Konsert Seribu Bintang
Aktiviti: Konsert ini dibarisi oleh ramai artis popular iaitu UNIC,Mirwana & Azlan and The Typewriter. Artis undangan tidak kurang hebatnya,Artis UniSZA

n)Bengkel Kek & Roti
Aktiviti:Bengkel kek dan roti akan memberi pendedahan kepada peserta tentang cara untuk menghias dan menghasilkan kek dan roti.Tenaga pengajar bengkel ini didatangkan khas dari Ziq Bakery

Sunday, August 29, 2010

DELEGATION OF CHOCOLATE ENTERPRENEUR


Jadi,apa tunggu lagi
dapatkan segera borang penyertaan delegasi ini dan dapatkan golden ticket anda...
Golden ticket ini hanya terhad buat ahli KKU yang bertuah
Borang boleh didapati di Kiosk Semerah Hati bermula pada 5.00 petang sehingga malam
Tarikh tutup pada hari Selasa (31/8/2010)

Saturday, August 21, 2010

Joom berbuka puasa bersama KKU

Bersempena bulan Ramadhan,Kelab Keusahawanan UNISZA (KKU) akan mengadakan
majlis berbuka puasa untuk ahli KKU.
Majlis ini akan diadakan di blok Othman 01 pada 26/8/2010 bersamaaan dengan hari khamis bermula pada 6.00 pm.
Hanya RM3 bayaran dikenakan untuk ahli.

Kepada ahli KKU yang berminat untuk bersama memeriahkan majlis berbuka puasa ini,sila hubungi Saiful pada no berikut:
019-4036382
017-9586402

Jangan lepaskan peluang

Friday, July 30, 2010

JAWATAN KOSONG MENANTI ANDA

Anda berminat untuk memegang jawatan dalam Kelab Keusahawanan UniSZA???

Anda ingin menjadi sekretariat Kelab Keusahawanan UniSZA???

Anda rasa anda layak dan berkebolehan???

Jadi apa tunggu lagi......


Kami menanti kehadiran anda. Sesiapa yang berminat boleh membuat permohonan pada 2 & 3 Ogos 2010 bertempat di hadapan KIOSK SEMERAH HATI bermula jam 8.30 malam sehingga 11.00 malam. Sesi temuduga akan diberitahu kemudian.


* Sijil penghargaan disediakan
* Mengendali program-program keusahawanan
* Pendedahan dengan dunia keusahawanan


JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI!!!!!!!!!!!



JOM SERTAI KAMI


PENGAMBILAN AHLI BARU


Pengambilan ahli baru bagi Kelab Keusahawanan akan dibuka pada 2 & 3 Ogos 2010 pada pukul 8.30 malam sehingga 11.00 malam bertempat di hadapan KIOSK SEMERAH HATI. Jangan lepaskan peluang untuk mendaftar sebagai ahli kelab. Pelbagai program menarik menanti anda. Banyak kebaikan yang akan anda perolehi. Dekatkan diri anda dengan dunia keusahawanan mulai dari sekarang.

PERHATIAN!!!!!

Kepada anda yang pernah menjadi sekretariat program Mini KARNIAWAN 2010, anda boleh mengambil sijil dan cenderamata anda sepanjang pengambilan ahli baru dibuka.


Friday, July 23, 2010

PESTA KONVOKESYEN UNISZA


Sempena Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin,Kelab Keusahawanan UNISZA akan membuka booth yang menjual cenderamata dan bunga khas untuk para graduan.
Booth ini akan dibuka di perkarangan DABS bermula pada waktu pagi sehingga malam.
Pelbagai barangan menarik dijual pada harga istimewa dari RM5 - RM70.
Dapatkan hadiah untuk teman atau keluarga yang bakal menerima ijazah.
Berikut adalah antara barangan yang akan dijual.
Sebarang tempahan boleh dibuat di nombor berikut :

Firdaus : 013-9113929
Syahidin : 013-5921992





Bunga -bunga serta cenderamata lain turut dijual di booth kami.
Bawala rakan serta keluarga anda ke Gerai KKU.


Friday, July 16, 2010

Pencarian peserta Seminar Keusahawanan (Kemaman)

Kelab Keusahawanan UNISZA sedang mencari 40 orang ahli KKU yang bertuah untuk mengikuti satu Seminar Keusahawanan.
Seminar ini akan diadakan di Kemaman pada 23 Julai 2010.
Kepada yang berminat, sila hubungi 013-9404680 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Tempat hanya terhad kepada 40 orang,jadi jangan lepaskan peluang anda