Ahli Majlis Tertinggi dan Exco KKU 2007/2008
Presiden : RAJA MOHD SUFFIAN B RAJA ABDUL RAHMAN
Naib Presiden : MUHAMMAD SHARIFF B MOHD AZHARI
Naib Timbalan Presiden : NOR RADHIHA BT ABD RASHID
Setiausaha Agong I : ABD MANAF BIN A WAHAB
Setiausaha Agong II : SITI NORA BT MUSA
Bendahari Kehormat I : MOHAMAD RIZAL B SHAHARI
Bendahari Kehormat II : SITI NOR SYAZWANI BT TAJUDIN
Exco Pembangunan Modal Insan I: MUHAMMAD FAKARUDEEN B ISMAIL
Exco Pembangunan Modal Insan II : SITI MAISARAH BINTI MOHD ZUKRI
Exco Penerbitan Dan Penerangan I : MUHAMMAD SULAIMAN B ABDULLAH
Exco Penerbitan Dan Penerangan II : ILI SYAZWANI BT AB RAZAK
Exco Perhubungan Luar Serantau & Lawatan I : AHMAD ADIB B ABDUL AZIZ
Exco Perhubungan Luar Serantau & Lawatan II : NOOR HAZWANI BINTI ABD RAZAK
Exco Akademik Dan Penyelidikan I : ZUHAILI BT INDZAM
Exco Akademik Dan Penyelidikan II : FATIHAH SYUHADA ZAWAWI
Exco Ekonomi Dan Perniagaan I : MUHAMMAD ZUBIR B ABDUL HALIM
Exco Ekonomi Dan Perniagaan I : INTAN NUR FARINA BT RAHMAT
Exco Hal Ehwal Wanita I : NOR RADHIHA BT ABD RASHID
Exco Hal Ehwal Wanita II : KHAIRUL BARIYYAH BT ABBAS
Exco Kebajikan Dan Sosial I : MUHAMMAD ’AMMAR B AMRAM
Exco Kebajikan Dan Sosial II : NIK NURUL FAKHRIAH BT DRAMAN
Majlis Penubuhan Kelab Keusahawanan UDM
Pada 6 Ogos 2007 bersamaan 22 Rejab 1428H telah berlangsung majlis perasmian penubuhan kelab keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia yang julung-julung kalinya di adakan bertujuan menjalinkan persefahaman dan hubungan silatulrahim di samping memupuk semangat keusahawanan di kalangan mahasiswa/wi UDM secara amnya.
Tema yang dipilih ialah “KEUSAHAWANAN KERJAYA PILIHAN” bertujuan menjadikan program ini sebagai platform kepada mahasiswa/wi UDM untuk lebih mengenali bidang keusahawanan yang sememangnya menjanjikan masa depan yang cerah. Di samping itu, melahirkan minat mahasiswa/i untuk memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
Jualan Semasa Konsert ( IN-TEAM )
Tarikh : 23 Ogos 07 Khamis
Tempat : Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS)
Peserta : Pengunjung yang pergi menonton konsert IN-TEAM
Jualan semasa konsert IN-TEAM juga adalah faktor yang mendorong kami mempromosikan kelab secara lebih dekat kepada mahasiswa/i UDM dengan mengadakan aktiviti jualan seperti mana dalam objektif untuk menarik minat mahasiswa/i menyertai kelab keusahawanan UDM secara tidak langsung. Disamping itu juga, kami mengedarkan borang ahli serta dilampirkan risalah ciri-ciri usahawan muslim disisi Islam. Alhamdulillah usaha kami berjaya menjinakkan hati pengunjung yang singgah di gerai kami walaupun berkeadaan sederhana tetapi komitmen atau respon yang diberi oleh mahasiswa/i UDM adalah sangat memuaskan kami dan juga dengan kesempatan itu kami juga telah memberi penerangan secara terperinci bagaimana untuk menjadi ahli kelab keusahawanan ini. Secara tidak langsung, aktiviti jualan kelab pada malam konsert itu berlangsung, pendapatan hasil jualan meningkat dan membantu kami bagi mengukuh dan mempromosikan lagi kelab dengan cara mengadakan program yang bermanfaat dan segala bentuk promosi kepada ahli baru dengan lebih banyak pendedahan tentang keusahawanan.
Majlis Berbuka Puasa Kelab Keusahawanan UDM
Tarikh : 7 Oktober 2007 (Ahad)
Tempat : Dewan Makan Halimatus Sa’diah
Peserta : Semua Ahli Kelab Keusahawanan UDM dijemput Hadir.
Objektif : Mengeratkan hubungan ukhuwah antara pimpinan kelab dan
ahli.
Majlis ini juga adalah salah satu cara kami dari barisan kepimpinan kelab keusahawanan manjalinkan hubungan silaturrahim yang lebih akrab dengan ahli kelab yang baru. Disamping itu juga, ia adalah satu bentuk promosi kelab keusahawanan kepada ahli yang lain. Isi kandungan majlis ini seperti sesi tazkirah turut diadakan bersempena majlis ini, intipati tazkirah tersebut yang menitikberatkan pemantapan akidah islamiah kepada ahli-ahli kelab keusahawanan UDM yang bertepatan dengan objektif kelab yang ingin melahirkan bakal usahawan muslim.
Kehadiran ahli yang datang pada majlis ini menunjukan minat mereka dalam bidang keusahawanan sangat bagus. Sebelum berbuka puasa, kami mengadakan majlis rapat ukhuwah sesama ahli walaupun masa begitu singkat. Dengan cara ini juga, kebajikan ahli yang menyertai kelab keusahawanan terjaga. Sehinggalah berakhirnya program ini ukhuwah sebagai saudara sesama islam turut ditonjolkan oleh ahli dengan bersalaman lelaki dengan lelaki dan perempuan sesama perempuan.
Perhimpunan Pemimpin Keusahawanan Pelajar IPTA Kali Pertama 2007.
Tarikh : 2-5 Disember 2007 (Isnin – Rabu)
Tempat : Auditorium Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti
Putra Malaysia
Peserta : Seramai 10 orang dari kalangan barisan kepimpinan dan ahli
kelab dan seorang pengiring yang hadir dalam program di
UPM.
Objektif : Menerapkan nilai-nilai kepimpinan dan semangat patriotisme
kepada pemimpin keusahawanan pelajar.
Pada 2-5 DISEMBER 2007 bersamaan 22 Zulhijjah 1428H telah berlangsung satu program Perhimpunan Pemimpin Keusahawanan Pelajar IPTA Kali Pertama 2007 bagi Kelab Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia selepas ianya dinaik taraf sebagai Universiti.
Perhimpunan ini merupakan satu program yang menghimpunkan para pemimpim keusahawanan pelajar seluruh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia. Perhimpunan yang julung-julung kali diadakan ini menggabungkan tiga unsur penting iaitu kepimpinan, keusahawanan dan patriotisme. Gabungan tiga unsur ini adalah difikirkan dapat menghasilkan ‘output’ pemimpin pelajar yang berdaya saing dan mampu menjadikan kerjaya sebagai usahawan untuk menjana ekonomi negara.
Kesedaran dan semangat patriotisme adalah penting bagi menjamin kelahiran usahawan bumiputra yang bukan sahaja ghairah menjana ekonomi diri, bahkan sentiasa bersama dalam pembangunan agama, bangsa dan negara.
Dengan adanya pemimpin yang cenderung ke arah keusahawanan daripada 20 buah IPTA, ini dapat menyandarkan kemantapan dan seriusnya komitmen IPTA dalam usaha melahirkan graduan yang berpotensi menjadi usahawan. Kesedaran yang diterapkan pada pemimpin melalui perhimpunan ini juga dapat disalurkan kepada komuniti keusahawan pelajar IPTA masing-masing.
Pembentangan Kertas Kerja
Slot ini telah dimenangi oleh barisan peserta ipta dari UDM ,Peserta UDM diwakili Raja Mohd Suffian Bin Raja Abdul Rahman,Abd Manaf Bin A.Wahab dan Sulaiman Bin Abdullah.,yang mana di iktiraf penilaiannya dari sudut pembentangan terbaik,kertas kerja terbaik,ipta yang pertama menghantar salinan kertas kerja seterusnya mengungguli tempat pertama dalam acara tersebut.Jadi ,kami peserta dari UDM bersyukur ke atas hadrat Allah swt kerana kemenangan yang tidak dijangka tapi walau bagaimana pun kami Kelab Keusahawanan akan tetap cuba berusaha dan bersedia dengan apa-apa persembahan,pertandingan di peringkat kebangsaan bagi mengharumkan nama universiti.
Konvensyen dan Karnival Keusahawanan Siswa IPTA Peringkat Nasional 2007 ( KARNIAWAN 07 ).
Tarikh : 22-24 Disember 2007 (Sabtu-Isnin)
Tempat : Universiti Malaya dan Mid Valley Exhibition Centre.
Peserta : Seramai 15 orang yang terlibat dalam karniawan ini diiringi
seorang penasihat kelab dari sektor dalam.
Objektif : Mewujudkan satu platform yang mampu memberi manfaat
kepada mahasiswa/i tentang kepentingan bidang keusahawanan
dalam melahirkan modal insan terbilang.
Pada 22-24 Disember 2007 bersamaan 12 Zulhijjah 1428 kami telah dijemput buat kali kedua selepas KARNIAWAN di USM, bagi menjayakan Konvensyen dan Karnival Keusahawanan siswa IPTA peringkat Nasional 2007 (KARNIAWAN ’07) yang julung-julung kalinya diadakan bertempat di Universiti Malaya dan Mid Valley Exhibition Centre bertujuan menjalinkan persefahaman dan hubungan silatulrahim di samping memupuk semangat keusahawanan di kalangan mahasiswa/i UDM dengan IPTA yang lain.
Karniawan atau Konvensyen dan Karnival Keusahawanan Siswa IPTA Peringkat Nasional atau lebih dikenali sebagai KARNIAWAN ’07 merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia dengan kerjasama Unit Keusahawanan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia. Ia merupakan program tahunan yang dibuat khusus untuk mendedahkan kepada mahasiswa/i IPTA tentang keusahawanan dengan lebih mendalam disamping untuk menyatukan idea-idea kreatif mahasiswa dalam memperkasakan lagi bidang keusahawanan di Malaysia supaya mampu untuk bersaing di peringkat global
Entrepreneur Race
Entrepreneur Race adalah salah satu aktiviti yang dijalankan sempena program Karniawan 2007 di Universiti Malaya (UM) . Setiap IPTA menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 9 orang peserta.
Entrepreneur Race adalah satu aktiviti yang unik yang juga menguji minda dan fizikal peserta untuk melahirkan usahawan-usahawan yang bijak membuat keputusan dengan cepat, mencari dan mengambil peluang yang terbuka luas.
Aktiviti ini telah dijalankan di sekitar Kuala Lumpur dan mempunyai 3 check point yang terletak di Pasar Seni ( Central Market ), KL Sentral dan Masjid India yang memakan masa selama 7 jam iaitu dari pukul 1 petang sehingga 7 malam.
Para peserta telah dilepaskan di Mid Valley Megamall menuju ke check point pertama yang terletak di Pasar Seni dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak UM. Para peserta hanya dibekalkan tag peserta, kad pengenalan dan tiket perjalanan yang membolehkan peserta menaiki pengangkutan awam seperti LRT dan bas Rapid KL. Segala wang simpanan, telefon bimbit dan barang peserta tidak boleh dibawa semasa aktiviti dijalankan.
Di check point pertama iaitu di Pasar Seni, peserta telah diberi satu tugasan untuk mencari wang terbanyak dan membeli 3 biji pisang. Di sini peserta telah dicabar dari segi minda dan fizikal dengan berfikir bagaimanakah cara yang terbaik untuk memperolehi wang dengan cara yang paling bijak dan kreatif . Wang yang dapat dikumpul oleh peserta akan dikira sebagai mata untuk menentukan pemenang dalam pertandingan ini.
Di KL Sentral,check point yang kedua, para peserta telah diuji secara minda keseluruhannya. Para peserta telah diberi soalan-soalan berkaitan keusahawan Di check point terakhir pula iaitu di Masjid India para peserta diberi kebebasan untuk menambahkan keuntungan yang telah diperolehi semasa di check point pertama.
Peserta dari UDM berjaya mengumpulkan wang sebanyak RM55.90 dengan menolong penjual tudung menjual tudung dan mengambil sedikit untung daripada jualan tudung itu.
Peserta UDM juga menjual makanan dan minuman yang telah diberikan kepada peserta sebagai makanan petang.
Keputusan akhir, UUM telah menjuarai pertandingan ini diikuti oleh USM dan UiTM.
Power Your Mind
21 Disember 2007
Pertandingan peringkat awal Power Your Mind yang melibatkan semua IPTA dan satu IPTS. Setiap universiti diwakili oleh 4 orang peserta tetapi hanya 3 orang peserta sahaja terlibat bagi universiti yang layak ke peringkat akhir. Hanya 5 unversiti yang mempunyai markah tertinggi sahaja layak ke peringkat akhir. Universiti tersebut ialah UM, UKM, UDM, UMS, dan UPSI.
23 Disember 2007
Pertandingan Power Your Mind peringkat akhir berlangsung di Auditorium Perdana Siswa, UM. Terdapat 4 pusingan dalam peringkat akhir ini. Sebelum pertandingan bermula, kami dibekalkan RM 10 sebagai modal permulaan dan satu talian hayat untuk pusingan pertama. Pusingan pertama ( Take da Risk ) melibatkan pengetahuan am dan isu- isu semasa berkaitan keusahawanan. Sebelum pusingan kedua bermula, peserta ditawarkan satu talian hayat yang bernilai RM 7. Soalan pusingan kedua berbentuk teka silang kata yang memfokuskan kepada perniagaan. Kedua- dua pusingan ini diberi masa satu minit 30 saat untuk satu soalan. Pusingan ketiga amat menguji minda peserta kerana ia memerlukan kemahiran pengiraan yang cekap untuk mengira untung rugi syarikat dalam masa hanya 15 minit. UM muncul juara dalam kuiz ini diikuti oleh UDM. Tempat ketiga dimenangi oleh UKM.
GERAI
Pertandingan gerai juga turut berlangsung selama dua hari di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC). Semua IPTA terlibat secara langsung dalam acara ini dan juga disertai oleh pelbagai agensi kerajaan seperti MeCD, Johor Corp, Uda Holdings Berhad dan ramai lagi para usahawan yang terkemuka turut mengambil bahagian dalam pertandingan gerai. Kriteria penghakiman untuk Gerai Kreatif atau Paling Menarik adalah:
Persembahan
Kekemasan
Kreativiti
Daya tarikan
Kejurujualan
Keuntungan jualan sehari
Gerai UDM berkududukan strategik berbanding dengan IPTA yang lain. Hal ini membantu kami mempromosi dan menjual produk yang kami bawa dari Terengganu sendiri. Produk yang kami bawa adalah produk cuka nipah dan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dari Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU). Produk IKS dari Terengganu adalah seratus peratus daripada usahawan kecil Terengganu yang di ketengahkan oleh YPU yang mana masih dipromosikan di peringkat tempatan. Misi YPU adalah untuk ke peringkat global, dan ini secara tidak langsung UDM telah membantu YPU untuk mempromosi produk-produk usahawan Terengganu ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Bukan itu sahaja, UDM juga turut mempromosikan tahun melawat Terengganu 2008 yang bakal menjadi sebuah bandaraya yang dikenali sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air pada 1 Januari 2008.
Kemuncak pertandingan ini akan diumumkan pada malam juara-juara yang akan dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Mustapa Bin Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia serta penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan. Menerusi gerai, johan dimenangi oleh Universiti Sains Malaysia (USM), naib johan disandang daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan tempat ketiga jatuh kepada Universiti Putra Malaysia (UPM). Walaupun keputusan ini tidak berpihak kepada UDM, kami terus dicabar pada Karniawan yang akan datang yang mana UDM akan cuba memenangi sebanyak mungkin anugerah yang akan dipertandingkan.
UDM tidak akan berputus asa walaupun hanya sekadar memenangi tempat kedua dalam kuiz Power Your Mind. Tekad kami sebagai pelajar UDM adalah kami cabar sedaya upaya dalam segala program yang akan datang yang mana ianya melibatkan nama baik Universiti samada program itu Perhimpunan Pemimpin Mahasiswa IPTA atau Karniawan yang akan datang.
Thursday, January 31, 2008
kelab keusahwan UDM (KKU) sesi 2007/2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment