BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 7, 2008

Minggu Keusahawanan dan Kerjaya Siswa 2008

Program Minggu Keusahawanan dan Kerjaya Siswa 2008 merupakan satu program yang dijalankan oleh Majlis Perwakilan Pelajar bersama Kelab Keusahawanan UDM. Program ini adalah bertepatan dengan arus perlembagaan yang semakin berkembang dalam aspek pengasahan bakat-bakat keusahawanan yang merupakan perkara penting ke arah melahirkan mahasiswa yang mampu mencipta pekerjaan pada masa akan datang. Pelaksaan program ini adalah untuk menjadikan mahasiswa UDM mempunyai daya tahan yang tinggi untuk menjadi usahawan. Program ini juga mendedahkan kepada mahasiswa tentang peluang pembangunan perniagaan selain membuka peluang kepada mahasiswa UDM untuk menceburi bidang perniagaan pada peringkat awal serta memupuk sifat usahawan dalam diri mahasiswa. Diharap program ini dapat memberi imbuhan yang baik kepada semua mahasiswa yang menyertai program ini bagi merealisasikan misi dan visi universiti serta negara kita, Malaysia

9 Ogos 2008

a) Majlis Perasmian




- Majlis perasmian dihadiri oleh Dr. Ramle bin Abdullah, ketua Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi menyampaikan ucapan serta motivasi tentang ilmu keusahawanan mesti dipelajari bagi melahirkan mahasiswa yang mampu mencipta pekerjaan. Beliau kemudiannya memberi penekanan tentang perlunya keyakinan dalam diri mahasiswa untuk menjadi usahawan yang berjaya.

b) Entrepreneur Race


- Program ini disertai oleh seramai 60 orang peserta. Sebelum permainan dimulakan, pengarah Entrepreneur Race memberi sedikit taklimat tentang pelaksaan aktiviti tersebut. Seterusnya, sebanyak 10 kumpulan dibentuk. Melalui program ini peserta akan mendapat kemahiran asas praktikal keusahawanan seperti kemahiran asas berinteraksi antara peserta, kebolehan menyelesaikan masalah di dalam kumpulan, berkerjasama dan menilai kemampuan dalam membentuk rangkaian antara satu sama lain serta kemampuan mendisiplinkan peserta dalam usaha mengintegrasikan usahawan muda.

10 Ogos 2008



a) Monopoli
- Aktiviti ini memberi pendedahan tentang idea perniagaan yang merupakan satu titik tolak untuk menceburi bidang perniagaan. Idea keusahawan merupakan idea yang kreatif dan tercetus daripada pemikiran yang kritis. Aktiviti ini merupakan suatu permainan dimana objektifnya adalah untuk melahirkan mahasiswa yang berfikiran kreatif serta sanggup menghadapi risiko dalam bidang keusahawanan.

b) Kuiz Keusahawanan




- Dalam sesi ini, peserta diberi persoalan tentang asas penubuhan Kelab Keusahawanan UDM serta berbagai-bagai soalan berasaskan keusahawanan. Aktiviti ini adalah untuk menilai tahap pengetahuan peserta dalam ilmu keusahawanan.

11 Ogos 2008

a) Seminar Keusahawanan dan Kerjaya



- Seminar ini disampaikan oleh pegawai dari Yayasan Pembangunan Usahawan, Tuan Haji Razak bin Sulaiman. Tajuk seminar yang disampaikan adalah Peluang Pembangunan Perniagaan. Misinya adalah untuk membangun usahawan dan peniaga bestari. Objektif seminar ini adalah untuk memberi pendedahan tentang keterampilan keusahawanan dimana bakal usahawan perlu mempunyai daya inisiatif yang tinggi serta komited kepada kerjaya. Dalam seminar ini, penceramah membuat kesimpulan bahawa usahawan perlu memantapkan ciri-ciri keusahawanan untuk lebih berjaya sekiranya ingin melibatkan diri dalam bidang keusahawan.

12 Ogos 2008 a) Seminar Gejala Rasuah dan Pecah Amanah di Kalangan Pengarah Syarikat




- Sesi ceramah ini disampaikan oleh Puan Asiah bin Bidin, pensyarah dari Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa. Dalam ceramah beliau, beliau memberi pendedahan tentang kesan-kesan rasuah dan pecah amanah dalam kalangan Pengarah Syarikat terhadap individi dan negara. Seminar ini merupakan panduan untuk bakal-bakal usahawan yang ingin berkecimpung dalam bidang keusahawanan.

13 Ogos 2008

a) Majlis Penutup.


sekretariat bergambar kenang-kenangan di majlis penutup

- Majlis Penutup dihadiri oleh Majlis Tertinggi Kelab Keusahawan UDM dan exco serta peserta-peserta Minggu Keusahawanan dan Kerjaya Siswa. Ucapan ringkas disampaikan oleh Exco Keusahawanan dan Kerjaya dari Majlis Perwakilan Pelajar iaitu Nurfatehah bt. Azmi. Seterusnya upacara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Minggu Keusahawanan dan Kerjaya Siswa 2008.

Minggu Keusahawanan dan Kerjaya Siswa 2008 telah berlangsung dengan jayanya dari segi matlamat program untuk mendedahkan kepada mahasiswa tentang asas-asas keusahawanan bagi mengasah bakat-bakat mahasiswa untuk menjadi usahawan yang berjaya dan berdedikasi. Program ini juga membuka peluang kepada mahasiswa berpraktikal dan ia juga memupuk sifat-sifat yang perlu ada sebagai seorang usahawan. Program ini dapat berjalan sehinggga ke akhirnya berbekalkan kerjasama dari semua pihak. Semoga pelaksanaan jauh lebih baik pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.

“ KEUSAHAWANAN KERJAYA PILIHAN ”

0 comments: