BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 30, 2009

PERTANDINGAN CATUR BISTARI PERINGKAT UDM SESI 2008/09



Pada 20 Februari 2009 bersamaan 24 Safar 1430H telah berlangsung pertandingan catur bistari peringkat Universiti Darul Iman Malaysia yang julung-julung kalinya di adakan bertujuan memupuk semangat dikalangan peserta untuk mencebur dan berjuang dalam bidang keusahawanan ini. Pelbagai agensi seperti agensi kerajaan dan swasta telah menganjurkan program ini kerana permainan catur bestari ini amat memberi impak dan kesan yang positif kepada pemainnya. Selain itu melalui pertandingan ini dapat menjalinkan persefahaman dan hubungan silatulrahim di kalangan mahasiswa/wi UDM secara amnya.

Tema yang dipilih ialah “KEUSAHAWANAN KERJAYA PILIHAN” bertujuan menjadikan program ini sebagai platform kepada mahasiswa/i UDM untuk lebih mengenali bidang keusahawanan yang sememangnya menjanjikan masa depan yang cerah. Di samping, melahirkan minat mahasiswa/i untuk memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.



Antara objektif pertandingan catur bistari peringkat Universiti Darul Iman Malaysia ialah:
1. Memberi pendedahan berkaitan cabaran dan peluang dalam bidang keusahawanan
2. Memberi pengalaman maya yang relevan berkaitan jatuh dan bangun sesuatu bidang yang diusahakan
3. Memupuk semangat ingin memajukan diri dengan menyertai bidang keusahawanan yang kian mendapat sambutan dalam kalangan graduan.


Majlis dimulakan dengan pendaftaran kehadiran peserta-peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi UDM. Dengan yuran pendaftaran sebanyak RM10 bagi setiap kumpulan dan terdapat sembilan kumpulan yang terdiri daripada empat orang peserta dan jumlah keseluruhan peserta seramai 36 orang.

Setelah semua peserta mangambil tempat, majlis dimulakan tepat jam 2.30 petang hingga 6.30 petang. Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh pengarah program dan bacaan doa. Majlis diteruskan lagi dengan taklimat pertandingan oleh pengarah program merangkumi cara bermain, syarat-syarat permainan dan maklumat yang berkaitan dengan permainanan catur bistari. Pengarah program juga turut memberitahu kelebihan bermain catur bistari ini, antaranya dapat mengetahui selok-belok perniagaan secara maya dan asas keusahawanan.



Pengarah program juga turut memberi taklimat kepada semua banker yang perlu menjaga kewangan setiap kumpulan. Permainan dimulakan pada jam 3.00 petang dan berterusan sehinggga jam 4.15 petang. Masa diberi selama 15 minit untuk berehat dan disambung semula pada jam 4.20 petang dan selesai pada jam 6.00 petang.

Sebelum majlis ditutup, pengarah program dan para hakim mengira markah bagi menentukan pemenang bagi setiap kategori dan kumpulan. Pengarah program juga turut menyatakan rasa berbesar hati kepada semua peserta kerana menjayakan program ini.

Maklum balas peserta
• Majoriti peserta yang hadir berpuas hati dengan program ini memandangkan banyak pengalaman baru yang mereka perolehi.
• Peserta juga dapat menambah kefahaman mereka mengenai keusahawanan disamping para peserta seronok bermain.

3 comments:

Hazwan Hakim said...

besnyer..catur bestari xpenh wat kat UTeM ni

nozie muhamad said...

CABARAN CATUR BISTARI TERBUKA KOLEJ 10!
tarikh: 13mac2010
masa: 8pagi-3petang

bagi sesiapa yg berminat boleh download borang dari http://kolej10.com/

http://kolej10.com >Interaktif >Muat Turun >eBorang >Borang Penyertaan Catur Bistari

borang yg telah lengkap diisi boleh diemel ke emel rasmi --> caturbistari@kolej10.com
maklumat lanjut boleh hubungi Nozie (0176993129) / Shukor (0172653053)

shafir said...

salam. saya shafir dr upnm. kami ingin mengajurkan cabaran catur bistari pd 27 may 2012. hadiah berupa laptop dan wang tunai . kami juga memerlukan banker sekitar 20 org.banker akan diberi elaun. maklumat lanjut sila hubungi shafir 017-6012786.sekian