BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 13, 2010

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB KEUSAHAWANAN UDM

Pada 22hb Februari yang lepas, Kelab Keusahawanan UDM telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU). Mesyuarat ini telah dihadiri oleh barisan Majlis Tertinggi (MT) dan Exco-exco sesi 2008/2009,ahli-ahli Kelab Keusahawanan UDM termasuklah ahli yang baru mendaftarkan diri pada malam tersebut. Dengan bertemakan Mawar Merah Putih, semuah hadirin berpakaian merah dan putih. DKU turut dihias agar bertepatan dengan tema.

Pada malam itu, segala aktiviti yang dijalankan oleh KKU dalam tempoh masa 2008 dan 2009 telah dibentangkan oleh Setiusaha Agung 1 KKU iaitu, Tengku Fatma Bt Tengku Yusof. Selain itu, turut dibentangkan bersama ialah perbentangan kewangan kelab oleh Bendahari Kehormat 2 iaitu Siti Asmaa' Bt Hashim.

Pada malam itu, barisan Majlis Tertinggi dan Exco baru bagi Sesi 2009/2010 turut diumumkan oleh Yang DiPertua KKU, Shazafudin B. Suhaimi. Berikut adalah senarai baru bagi Majlis Tertinggi dan Exco baru bagi Sesi 2009/2010 :

YANG DIPERTUA :
MOHAMMAD FIRDAUS B. AHMAD
TIMBALAN YANG DIPERTUA :
MUHAMMAD SYAIQAL B. ZOMORNI
NAIB YANGDIPERTUA :
NOTFATUN NIKMAH BT. MOHAMED
SETIUSAHA AGUNG 1 :
ATIEKAH BT. AHMAD KAMIL
SETIUSAHA AGUNG 2 :
SITI NORKHANANI BT. MUSTAFA MAAROF
BENDAHARI KEHORMAT 1 :
MOHD SAIFUL AZMEER B. SALIM
BENDAHARI KEHORMAT 2 :
FATEHAH BT. MANSOR

EXCO :
a) Exco Penajaan & Hubungan Korporat :
Abdul Aziz B. Md Rosdi
Siti Amnah Bt. Mohamad

b) Exco Koperasi & Hal Ehwal Siswa :
Muhammad Norsyahidin B. Abu Hassan
Nur Azzlin Bt. Mangsor

c) Exco Hubungan Luar & Industri Sosial :
Inawati Bt. Abdullah
Muhammad Syafiq B. Mohd Nor

d) Exco Media & Publisiti :
Atiqah Bt. Azlan
Nurul Athirah Bt. Muhammad

e) Exco Pembudayaan Usahawan Universal :
Noor Syahirah Bt. Mat Robi

f) Exco Intelektual & Penyelidikan :
Athirah Bt. Abd Talib

Penyampaian hadiah turut diadakan bagi mengenang jasa barisan kepimpinan KKU yang terdahulu. Anugerah turut diberikan kepada barisan Majlis Tertinggi KKU atas komitmen
mereka yang tidak berbelah bagi terhadap kelab ini

Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar berkat usaha semua pihak yang terlibat. Kepada barisan kepimpinan terdahulu KKU, jutaan terima kasih diucapkan atas sumbangan dan komitmen yang telah anda curahkan terhadap KKU. Diharap barisan kepimpinan KKU yang baru dapat meneruskan kesinambungan kelab ini supaya Kelab Keusahawanan UDM terus cemerlang.

0 comments: