BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 16, 2010

Lawatan ke Herba Penawar Al-Wahida (HPA) Industries Sdn Bhd di Kedah dan Perlis


TARIKH : 6hb Mei 2010 - 9hb Mei 2010
TEMPAT : Kedah dan Perlis
ANJURAN : KELAB KEUSAHAWANAN UDM

Berdasarkan kepada tarikh tersebut kami ahli kelab telah menyertai lawatan ke Herba Penawar Al-Wahida (HPA) Industries Sdn Bhd di Kedah dan Perlis.

Lawatan ini diadakan untuk mengetahui dengan lebih dekat tentang perkembangan dan selok-belok perniagaan HPA dalam mengendalikan produk-produk mereka sekaligus mendedahkan ilmu keusahawanan kepada mahasiswa mahasisiwi dan untuk mendekatkan diri dengan dunia sebenar perniagaan serta melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya untuk dunia dan akhirat. InsyaAllah.
HPA merupakan produk berasaskan herba, berkonsepkan syariat Islam dan 100% halal.

HARI PERTAMA

Pada awalnya kami bertolak ke Kilang Cola Radix yang terletak di Kaw. Perindustries Sg.Lalang, Sg.Petani, Kedah. Di sini kami diberi penerangan yang cukup jelas
mengenai kaedah-kaedah pemprosesan air bikarbonat yang kurang tekanan gas dan gula dengan herba terpilih ini sehingga ke proses pembungkusan. Dengan menggunakan peralatan yang canggih, kilang ini mampu menghasilkan sejuta botol air bikarbonat sebulan untuk pengedaran di kalangan ahli syarikat. Kilang ini bukan sahaja mengeluarkan Radix Cola, tetapi pelbagai jenama lain seperti Radix Sarsi, Radix Strawberry, Radix Orange dan lain-lain lagi.

Kilang Cola Radix :-



Kemudian kami bertolak menuju ke Muslimah SkinCare & Cosmetic yang terletak di Sg Petani, Kedah. Ia mengeluarkan lebih kurang 50 produk yang merangkumi penjagaan muka, badan, kulit, dan sebagainya.

Muslimah SkinCare & Cosmetics :-


Pada sebelah petang, kami menghadiri slot bersama pengasas HPA iaitu Tn.Hj Ismail b. Hj.Ahmad. Beliau menceritakan pengalaman beliau dalam perniagaan ini, perkembangan HPA dan mengenai dunia perniagaan. Pada malamnya kami juga mengikuti slot bersama En. Rosmandi Bin Ishak dan En Hadi. Mereka berkongsi pengalaman dalam menguruskan perniagaan ini serta cabaran dan kesungguhan kita untuk terus berjaya dalam sesuatu perniagaan. Akhir sekali kami mengikuti slot bersama Pn. Habibah Bt Yusuf berkaitan dengan Diagnosis melalui Tapak Tangan. Daripada penerangan beliau, kami dapat mengetahui bahawa pelbagai jenis penyakit dapat dikesan melalui diagnosis tapak tangan dengan pelbagai jenis kaedah.

HARI KEDUA

Pada awal pagi, kami telah melawat ke Kilang Minuman Air Mineral yang terletak di Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena, Kedah. Kami amat berbesar hati kerana kamilah pelawat pertama yang melawat ke kilang tersebut. Daripada lawatan ke kilang ini kami dapat mengetahui mengenai cara pemprosesan air mineral daripada mula sehingga siap untuk diedar. Kemudian kami bertolak ke Kilang Kopi Radix, Kompleks Wahida, kilang pemprosesan kapsul, cookies, madu dan kordial.

Kami juga dijemput ke Radix Food Chicken (RFC) yang berdekatan. Pelbagai jenis makanan disediakan di Radix Food Chicken dan kami sendiri telah merasai sendiri keenakannya dan ia juga merupakan salah satu cawangan dibawah HPA. Di Radix Food Chicken juga mempunyai banyak menu makanan untuk para pelanggannya dan pastinya halal dan suci.


Kilang Minuman Air Mineral :-


Cookies dan Madu :-



Daripada lawatan ke kilang-kilang tersebut secara langsung kami dapat melihat sendiri persekitaran sebenar dalam menguruskan sesuatu perniagaan dan mengetahui dengan lebih mendalam kaedah-kaedah pemprosesan sesuatu produk.

Radix Food Chicken (RFC):-

HARI KETIGA

Pada awalnya kami telah mengikuti slot bersama En. Muhammad Faisol daripada bahagian pemasaran HPA. Beliau menceritakan mengenai strategi pemasaran yang berkualiti dan kreatif untuk menjadikan sesuatu perniagaan terus berjaya dan sentiasa mendapat keuntungan. Akhir sekali majlis penutup dengan ucapan daripada wakil UDM, En Badaliah dan penyampaian cenderamata kepada pihak HPA.

Begitulah serba sedikit mengenai lawatan ini dan mudah-mudahan dengan lawatan ini kita dapat menambah dan berkongsi ilmu pengetahuan mengenai dunia keusahawanan dan menjadi tunggak untuk kita bergerak maju sekaligus menjadi usahawan yang berjaya. Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya warga HPA Industries Sdn Bhd kerana sudi menerima kunjungan kami.


0 comments: