BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 16, 2011

KARNIVAL KERJAYA,KESENIAN & KEUSAHAWANAN (3K)

Kelab Keusahawanan UniSZA akan menganjurkan Karnival Kerjaya,Kesenian & Keusahawanan bermula pada 17hb Februari 2011 hingga 21 Februari 2011.

Karnival ini akan berlangsung di Terengganu Trade Center (TTC) dari 17hb Feb hingga 19hb Feb dan di UniSZA pada 19hb Feb hingga 21hb Feb.
Banyak aktiviti menarik yang akan berlangsung sepanjang karnival tersebut:

a) Jom Buat Bisnes
Tarikh: 18 Februari 2011
Masa:7.00 am-12.30 pm
Aktiviti:Program ini adalah untuk memupuk dan memberi bimbingan kepada peserta tentang selok belok dunia perniagaan. Program ini akan dibimbing oleh Pengarah Maktab Kerjasama Malaysia dan Timbalan Pengarah Penyelidikan & Inovasi UniSZA.

b)Bengkel Batik
Aktiviti: Bengkel batik akan memberi pendedahan kepada peserta tentang seni menghasilkan dan mencanting batik. Tenaga pengajar bengkel ini merupakan pakar dalam bidang batik dari Noor Arfa Batik.

c) Bengkel Coklat
Aktiviti:Bengkel batik akan memberi pendedahan kepada peserta tentang proses menghasilkan coklat pelbagai perisa dan bentuk Tenaga pengajar bengkel ini merupakan seorang usahawan yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini.

d) Ceramah Halal,Berkat & Rahmat
Aktiviti:Ceramah ini mengupas isu tentang kehalalan makanan serta keberkatan yang akn diperolehnya. Penceramah ini merupakan seorang pensyarah dari fakulti Pengajian Kontemporari UniSZA dan berpengetahuan luas dalam bidang ini.

e)Entrepreneur Race
Aktiviti: Pertandingan yang menguji ketahanan fizikal dan mental ini banyak menguji pengetahuan peserta dalam bidang keusahawanan. Pertandingan ini mengambil tempat di sekitar kawasan uiversiti dan Kuala Terengganu.

f)Bengkel Catur Bistari
Aktiviti:Bengkel catur bistari akan memberi pendedahan kepada peserta tentang cara dan tips untuk bermain catur bistari.Tenaga pengajar bengkel ini didatangkan khas dari Johor Corporation yang merupakan pengasas dalam bidang ini. Seterusnya, setelah belajar mengenai cara bermain peserta boleh menyertai pertandingan yang akan diadakan pada petang itu.

g)Ceramah Sepetang bersama PUNB
Aktiviti:Ceramah ini akan memberi pendedahan kepada peserta bidang keusahawanan.Penceramah merupakn seorang pegawai dari PUNB iaitu En Zani Zakaria

h)Pertandingan Catur Bistari
Aktiviti:Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar di mana satu pasukan terdiri daripada 6 orang termasuk seorng "banker". Pertandingan ini akan menguji skil dan pengetahuan peserta dalam bidang keusahawanan. 8 kumpulan yang terawal mendaftar akan mendapat harga istimewa bagi pendaftaran. Bayaran adalah RM100 bagi setiap pasukan.

i)Pertandingan Battle of the Band & Pertandingan Nasyid.
Aktiviti:Pertandingan ini untuk mencungkil bakat baru dalam bidang seni. Satu kelainan pada kali ini ialah pertandingan ini menggabungkan 2 genre muzik. Pertandingan ini bertempat di Foyer Asrama Baru pada 21 Februari 2011. Bayaran sebanyak RM5 dikenakan bagi setiap penyertaan.

j)Lets Wash & Show up
Aktiviti: Pertandingan ini terdiri dari 2 sesi iaitu Sesi "Wash" di mana peserta boleh menghantar kenderaan untuk dicuci. RM8 dikenakan untuk kereta dan RM4 dikenakan untuk motor.Pelajar juga bleh mendaftar sebagai pencuci kenderaan di mana anda akan dibayar RM5 bagi setiap kereta dan RM2 bagi setiap motor.Manakala bagi Sesi " Show UP", peserta boleh menghias kenderaan masing di mana kenderaan akan dinilai dari pelbagai aspek termasuk keunikan reke bentuk dan kemantapan enjin. Ia akan dinilai oleh juri profesionla yang didatangkan khas dari Kelab Permotoran Terengganu.

k)Ceramah Gerak Usahawan Siswa
Aktiviti:Ceramah ini akan memberi pendedahan kepada peserta bidang keusahawanan.Penceramah merupakn seorang pegawai dari HPA.

l)Ceramah Pendaftaran Perniagaan Malaysia (SSM)
Aktiviti:Ceramah ini akan memberi pendedahan kepada peserta tentang cara- cara untuk mendaftar dan memulakan perniagaan.Penceramah merupakan En Rohaimi Bin Abdul Manan,Pengarah Negeri SSM Terengganu.

m)Malam Anugerah Usahawan & Konsert Seribu Bintang
Aktiviti: Konsert ini dibarisi oleh ramai artis popular iaitu UNIC,Mirwana & Azlan and The Typewriter. Artis undangan tidak kurang hebatnya,Artis UniSZA

n)Bengkel Kek & Roti
Aktiviti:Bengkel kek dan roti akan memberi pendedahan kepada peserta tentang cara untuk menghias dan menghasilkan kek dan roti.Tenaga pengajar bengkel ini didatangkan khas dari Ziq Bakery

0 comments: