Promosi
Bermula pada 11 Februari 2008 KKU telah mengadakan satu promosi untuk pengambilan ahli-ahli yang baru berakhir pada 29 Februari 2008. Promosi dilakukan meliputi Universiti Darul Iman Kampus KUSZA dan Kampus KOTA. Bertujuan untuk memperkenalkan Kelab Keusahawanan kepada pelajar dengan lebih efektif, menarik minat pelajar terhadap kelab keusahawanan serta menambahkan bilangan ahli. Sasaran kami adalah seluruh Mahasiswa UDM. Hasil daripada promosi, KKU menerima lebih daripada seratus penyertaan dan mendapat pelbagai pertanyaan yang mengalakkan daripada mahasiswa/wi UDM.
Majlis bersama ahli
Pada 15 MAC 2008 bertempat di Othman01 pada jam 8.00 malam, Kelab Keusahawanan UDM(KKU) telah mengadakan satu perjumpaan dengan ahli yang baru dan lama bagi memperkenalkan ahli majlis tertinggi dan ahli eksekutif sesi kedua 07/08 kepada seluruh ahli KKU. Selain itu perjumpaan ini juga bertujuan untuk meningkatkan silaturahim serta menghimpun dan mengumpulkan ahli-ahli kelab untuk meraikan ahli-ahli baru.
Program ini berjaya dengan jayanya apabila ramai mahasiswa/wi memberikan respon yang menarik serta berminat untuk meneruskannya untuk peringkat yang lebih jauh. KKU juga mendapat pertambahan seramai 13 orang ahli yang menyertai KKU pada hari tersebut.
Jualan gerai KASUDA
Pada 4 sehingga 5 April telah berlangsungnya Sukan antara kolej kediaman ataupun KASUDA anjuran Majlis Perwakilan Pelajar. Kelab keusahawanan telah diberi kepercayaan oleh Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) UDM untuk menguruskan lima gerai jualan pada hari tersebut.
Dua daripadanya ditelah disewa kepada ahli kelab dengan kadar bayaran sewa yang minimum bagi memberi peluang kepada ahli mengasah jiwa keusahawanan dalam diri mereka. Hasil yang dapat dilihat daripada program ini ialah dapat meningkatkan semangat keusahawanan apabila setiap ahli berusaha menambahkan produk dan mereka lebih kreatif memikirkan cara untuk memajukan perniagaan serta warga UDM lebih mengenali KKU walaupun baru berusia dua tahun.
Sunday, May 25, 2008
Aktiviti KKU Januari - Mei 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment