BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 2, 2008

Delegasi Usahawan Muda Mei 2008



DELEGASI USAHAWAN MUDA

TARIKH : 13-15 MEI 2008
TEMPAT : Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
SIRIM Berhad
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
UDA Holdings Berhad

PEGAWAI PENGIRING : Encik Wan Zulqurnain Bin Wan Ismail
PESERTA : Siswa Siswi Dari Kelab Keusahawanan UDM

OBJEKTIF :
• Memperkenalkan dan mewujudkan hubungan mesra antara Kelab Keusahawanan UDM dengan pegawai serta agensi kerajaan.
• Menjalinkan kesefahaman budaya dan ilmu di samping memupuk demangat perpaduan di kalangan pemimpin Kelab Keusahawanan UDM dan agensi kerajaan
• Memberi peluang mewujudkan jaringan idea dan perkongsian maklumat di kalangan pemimpin Kelab Keusahawanan UDM dan agensi kerajaan.
• Mewujudkan penghayatan hakikat budaya ilmu sebenar melalui proses pengalaman, pengamatan dan perbandingan.
• Memberi pendedahan kepada usahawan muda UDM mengenai peluang-peluang perniagaan yang akan diceburi.


HARI PERTAMA





Sesi taklimat di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah disampaikan oleh Y. Bhg Encik Mohd Syukur bin Khaled, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Penilaian dan juga selaku Pegawai Tadbir Diplomatik pada jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Para peserta Delegasi telah diberikan penerangan yang mantap tentang pelaksanaan dan rancangan-rancangan keusahawanan yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada usahawan Bumiputera dalam memajukan ekonomi Malaysia





Sesi taklimat di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani disampaikan oleh Y. Bhg Encik Shahranie pada jam 2.30-4.30 petang. Selepas itu, peserta delegasi diberi pendedahan dengan tayangan persembahan video korporat.

Sebelum itu peserta delegasi diberi peluang untuk melihat produk-produk yang dihasilkan oleh masyarakat Bumiputera Melayu dalam bidang ekonomi usahawan Melayu

HARI KEDUA





Sesi taklimat di SIRIM Berhad telah disampaikan oleh Y. Bhg Encik zulfadhli Bin Abdul Mokhti, Eksekutif Kanan, Seksyen Promosi Korporat, Jabatan Hal Ehwal Korporat SIRIM Berhad pada jam 10.30 pagi hingga 1.00 tengahari. Selepas itu, peserta delegasi di bawa melawat bilik pameran SIRIM yang menempatkan bahan-bahan dan barang-barang kajian SIRIM Berhad.



Sesi taklimat di Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah disampaikan oleh Y. Bhg Encik Wan Ismail Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA. Turut hadir pada sesi taklimat tersebut ialah Y. Bhg Encik Zulkarnain Bin Zakaria, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA, Y. Bhg Encik Razali bin Mamat, Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Korporat, MARA dan Y. Bhg Puan Rahayu Binti Abu Bakar, Penolong Pengarah Bahagian Hal Ehwal Korporat selaku pengerusi majlis program pada jam 2.30-4.30 petang.

HARI KETIGA




Sesi taklimat di UDA Holdings Berhad telah disampaikan oleh Y. Bhg Encik Husli bin Yasin, Pengurus Besar Kanan Bahagian UDA LAND dan turut hadir ialah Y. Bhg Dato’ Jaafar Bin Haji Abu Hassan, Pengarah Urusan UDA Holdings Berhad pada jam 2.30-4.30 petang.



Saudara Abdul Manaf Bin Abdul Wahab, Ketua Delegasi Usahawan Muda telah menyampaikan ucapan balas dan cenderamata kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, SIRIM Berhad, Majlis Amanah Rakyat dan UDA Holdings Berhad.





Adalah menjadi harapan pihak penganjur agar natijah daripada delegasi ini mampu memberikan ruang kepada bakal-bakal usahawan muda untuk mrndapat pendedahan dan menimba pengalaman yang mampu memberukan mereka input-input agar dapat dimanfaatkan oleh mereka di masa hadapan.

KEUSAHAWANAN KERJAYA PILIHAN

0 comments: