BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 30, 2009

HEBAHAN KEPADA MAHASISWA

SEMERAH HATI ENTERPRISE

Sebuah perniagaan yang dijalankan oleh Kelab Keusahawanan UDM yang menjual segala barang2 keperluan pelajar. Jika anda berminat, anda boleh membeli saham semerah hati yang akan diumumkan kelak. Kami juga amat berbesar hati sekiranya terdapat mana-mana pihak yang ingin menjalinkan hubungan perniagaan bersama pihak kami.



SEMERAH HATI CONSULTANT

Sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan yang berkaitan seperti ceramah, bengkel, kursus dan seminar yang melibatkan hal2 yang berkaitan pendidikan dan keusahawanan.

**Sekiranya anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga semerah hati anda boleh datang sendiri ke Semerah Hati Enterprise yang bertempat di CAFE BARU UDM KAMPUS KUSZA dan boleh berhubung dengan unit pengurusan sumber manusia.



++ Mulai 5 Julai 2009, perkhidmatan sewa kereta akan mula beroperasi.


++ Mulai Ogos pula, perkhidmatan photostat dan printer dijangka akan mula beroperasi


++ Bermula pada 12 Julai 2009, pihak kami dengan kerjasama KELAB KEUSAHAWANAN DAN PERSATUAN SEJARAH akan membuka gerai jualan bunga dan seangkatan dengannya .Pihak kami juga menyediakan perkhidmatan menempah bunga-bungaan untuk majlis rasmi dan keramaian seperti birthday party, majlis makan malam dan lain-lain. Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan anda boleh menghubungi Unit Keusahawanan di talian 013-9966572;


SEKIAN, TERIMA KASIH

PENGURUS PROMOSI DAN PEMASARAN
NUR AZLIN BT MANGSOR

2 comments:

RajaMuhammad Suffian Ibnu Rahman said...

salam tahniah pada sahabat2 kku diatas perkembangan kku,semoga ruh Islam sentisa berkekalan didalam kepimpian kku(kelab keusahawanan Udm) ....teruskan usaha memartabatkan kku di udm....ikhlaskan niat ,teruskan perjuangan

pesanan:setiap hal yg berkaitan dgn perniagaan organisasi kku di harapkan supaya melihat juga dari sudut syarak yg dibenatkan dalam islam, elakkan hanya melihat keuntungan sebagai matlamat akhir kku kerna dalam keusahawanan Islam matlamt yg hakiki keuntungan perniagaan di akhrat.
seingat sy pesanan ini telah didokumentasi atau dinyatakan kepentingan menilai setiap peniagaan kku dari sudut syarak yg dinilai oleh ustz?pensyarah yg sudh dikenal pasti kepakaran dalam bidang ini..,harap ambil perhatian..salam mahabah...dari insan hina:raja mohd suffian bin raja abdul rahman

RajaMuhammad Suffian Ibnu Rahman said...

salam tahniah pada sahabat2 kku diatas perkembangan kku,semoga ruh Islam sentisa berkekalan didalam kepimpinan kku(kelab keusahawanan Udm) ....teruskan usaha memartabatkan kku di udm....ikhlaskan niat ,teruskan perjuangan

pesanan:setiap hal yg berkaitan dgn perniagaan organisasi kku di harapkan supaya melihat juga dari sudut syarak yg dibenarkan dalam islam, elakkan hanya melihat keuntungan sebagai matlamat akhir kku kerna dalam keusahawanan Islam matlamt yg hakiki keuntungan perniagaan di akhrat.
seingat sy pesanan ini telah didokumentasi khusus kepada presiden kku atau dinyatakan kepentingan menilai setiap peniagaan kku dari sudut syarak yg dinilai oleh ustz/pensyarah yg sudh dikenal pasti kepakaran dalam bidang ini..,harap ambil perhatian..salam mahabah...dari insan hina:raja mohd suffian bin raja abdul rahman